Monday 13 June 2016

CUCI RAMBUT DENGAN AIR BIKARBONAT

Assalamualaikum.





Sekarang tengah cuaca tak menentu ni kadang panas, kadang hujan kan? Tambah bulan Ramadhan ni mesti badan kurang air sikit kan? so make sure minum air masak yang cukup ye time sahur dan berbuka.

anyway, orang perempuan yang berhijab mostly mesti fed up dengan masalah rambut gatal-gatal, berkelimumur, kering kan? even shampoo pon macam tak puas je rasa macam kotoran degil masih melekat-lekat dekat scalp kepala kan?

NAK TAHU SATU RAHSIA?


Meh nak share. Actually bila kita shampoo sebenarnya bukan 100% kotoran akan tertanggal. Tambah-tambah yang jenis shampoo acah-acah P.Ramlee. kelaut la jawabnya. hahaha. 
Rahsia nya anda boleh gunakan carbonated drink untuk cuci scalp. 
PERCAYA TAK? NAK BUKTI.








Tapi bukan air carbonate yang bergula dan bewarna tu guys. Kang maunya bersemut kepala. Buat yang tertanya apa jenis powder yang dalam video ni dieorang guna, its actually 
innisfree jeju sparkling mineral powder


ha ni dia powder ni. So korang boleh dapatkan powder ni ye berharga RM 10.44.

Tapi membazir laa, susah la nak dapat ? ye ke. 
Jangan risau korang boleh guna BAKING SODA. Yang penting, make sure cuci scalp korang tu bersih-bersih. 





SAPA SUDAH CUBA BOLEH KONGSI CERITA KORANG MASING-MASING. SO SELAMAT MENCUBAA :)

Belajar bahasa korea

Assalamualaikum.




Sedar tak sedar dah masuk hari ke9 kita berpuasa. Mujur lah ramadhan kali ni berpeluang 2 weeks juga sambut ramadhan di rumah. 

eh pernah dengar orang cakap ' Belajar banyak bahasa mampu merangsang otak jadi lebih kreatif dan pick up laju sikit' haha.

Robert Kurtz,ahli patologi pidato dan bahasa dari kanada juga menyatakan bahwa orang-orang yang menguasai dwibahasa punya tujuh keuntungan tambahan. Mereka punya kesadaran metalinguistik, ketrampilan mengklasifikasi, kemampuan pembentukan konsep, penalaran analogis, keterampilan analogis, keterampilan visual-pasial, keterampilan bercerita, serta pembangunan semantic yang lebih baik. Bagi yang menguasai lebih dari dua bahasa malah lebih hebat lagi. Mereka lebih mahir dalam merespon masalah, dan bisa menjaga focus meski dalam situasi yang kompleks.



zaman sekarang mudah sangat nak belajar bahasa asing kan? google je. ADA YANG NAK BELAJAR BAHASA KOREA? Actually aku sendiri sekarang tengah 'jinak-jinak' belajar bahasa korea. Yelah kalau korang dah minat kdramas, kpop bla bla k itu ini, better belajar lah bahasa tu atleast tambah sikit 'ilmu' kita. Bagi aku sendiri, tak susah sangat pon belajar bahasa korea ni. cuma kena ingat huruf2 and cara menulis huruf2 tersebut. Alahh korang tonton kdrama selalu, lama-lama mesti ada 3,4 perkataan yang dah lekat dikepala. contohnya saranghae, omma, appa, duwajuseyo, jebal, baksu, kamsahamnida. Aku pon masih mencuba, bagi aku not bad. seronok juga, kadang-kadang tergeliat lidah nak pronounce tu. 

Ada 2 sites yang aku rujuk untuk belajar hanguk (bahasa korea). 


Dekat web ni ada provide step by step and exercise lagi untuk korang buat dan untuk lebih faham. Make sure fahamkan betul2 sambil tu sediakan pen dan kertas di tangan. so boleh lah tulis-tulis sekali.

Tapi, bila belajar bahasa asing ni pronouncation pon kena tahu yedok? so korang apa tunggu lagi, search youtube 'Learn korea'. bersepah tutorial keluar. Tinggal pilih je nak yang mana. 



So selamat mencuba, siapa dah berjaya tu share2 sama :) 




Tuesday 24 May 2016

LOVE VIVY', TERINSPIRASI.

Assalamualaikum.




diam-diam dah habis 3 semester aku bertapa di cfs iium, Alhamdulillah. genap 1 tahun di sana :) adik-adik yang mana dapat uia, please prepare diri untuk jawab ept, apt and fardhu ain test. 


PERNAH DENGAR VIVY' YUSOF OR FASHION VALET? 

Since aku juga seorang yang memang minat perihal design, seni and fashion maka haruslah aku jadi manusia yang terkinja-kinja juga terinspirasi semasa menonton rancangan ;LOVE VIVY';
kalau korang mungkin rasa tersisih dengan nama ni boleh mula godek google tanya siapa itu dan ini. Since aku hidup zaman budak hingusan, aku dah pasang angan-angan nak ada butik sendiri jugaaaaa hampir ter'apply' course design uitm time isi upu dulu. kemain beria dah aku plan, aleh2 aku tukar plan dengan isi uia sebagai first choice. Tapi Allah lagi tahu :) 



VIVY' YUSOF blog - just click here then you guys akan 'injut2' masuk blog beliau. boleh baca dan turut terinspirasi. 








Saturday 23 January 2016

SEMESTER 3

Assalamualaikum .


kejap je masa rupanya aku dah masuk semester 3 and sudah hampir 8 bulan jadi budak CFS IIUM . Bagi aku sem 3 ni agak hambar hewhewhew , since aku dapat classmates baru and terpisah jauh dari classmates lama . Entah macam mana kitorang ni rapat sangat-sangat , aku dah anggap dieorang ni family aku kat cfs since aku hidup jauh dari family :( 

Bila tengah rushing ke kelas then terserempak classmates lama kemain excited lagi , over hahahaha . Memasing cakap weyh rindu korang , hahaha . Aku pula jenis manusia ambik masa untuk adapt dengan situasi baru . Aku susah bercakap dengan orang baru , just senyum senyum je , iols malu :P 
classmates baru aku 28 orang perempuan and 3 ketoi je lalaki . ahahhaha mohon terima kenyataan lelaki semakin sikit akhir zaman kan . Bila kelas perempuan ramai ni dia punya tahap kebisingan adalah berleluasa haha . meriah kelas dah boleh buka kedai kak jah and the geng . 

Sebenarnya aku masih dalam fasa ingat nama orang haha . susah benaaa nama asal lain panggil lain . Nama aku pon turut sama dimanipulasi . Dulu dah la orang panggil GAU , sebab air Tasnim GAU . Sekrang ditukar jadi NEEM . Tetiba aku rasa famous tak kena tempat . 
taraaaaaa . rindu ah :)

hahaha  
lepas settle portfolio day yey ! 

Tuesday 29 December 2015

MOMEN MATLUTHFI

ASSALAMUALAIKUM :3



kabore? kuing kuing . Haritu 13.11.2015 aku akhirnya BERJAYA tengok matlutfi face to face untuk kali kedua dalam hidup aku . Those yang tertanya-tanya siapakah insan yang bernama MATLUTHFI itu? sila search google ye .  

Actually benda ni memang ada dalam wishlist aku , since jarak UIA PJ dengan NU SENTRAL tidaklah jauh macam jarak Kuala Lumpur - Kedah , maka boleh lah untuk student macam aku ni join event ni . Lebih kurang jam 12 tengah hari , aku gerak dari UIA , PJ ke Nu Sentral . Alhamdulillah disebabkan kami datang sedikit awal , jadi aku dapat la tempat yang bahagian duduk-duduk tu , boleh leee nak bajet-bajet VIP sikit :P 

Sampai-sampai je aku terus masuk MPH , grab buku momen matluthfi yang berharga RM25 . Apa aku boleh cakap , sepanjang sesi momen ni , rahang aku dah macam nak terkeluar je . Serious lawak








Ni antara yang menghiburkan kami . Serious muka dieorang sama sebijik haha .



Bagi aku , buku ni santai je , tapi point dia menarik and sangat padu . Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran or melalui online pon banyak . RM25 !









Siapa yang dapat tempat duduk , akan diberi keutamaan untuk dapatkan sign mat , jadi tak perlu kau nak serabut-serabut fikir strategy untuk rempoh manusia lain . ha gittthu maka make sure lepas ni selalulah datang awal ye , tak rugi pon haha :) 



peh peh peh jauh bena gambar , mohon guna kanta je la . haha






So lepas je aku balik dari event ni , terus semangat aku untuk belajar naik 100% . haha kononya bermotivasi la kot . tapi lepastu hahahahahaahahahahahahahahhaah . 













 . 

Tuesday 27 October 2015

JOM TERJAH : Al-haura' Arabian kopitiam .

Haha post kali ni kita kongsi-kongsi tempat makan menarik . Dek kerana tekak terasa nak feeling-feeling makanan arab , jadi aku dan family panjangkan langkah untuk mencuba AL-Haura' Arabian kopitiam .






Al-Haura ni terletak di bandar laguna merbok , Sungai petani , kedah . Lokasi dekat2 dengan bangunan kedai area laguna . Boleh set waze ye untuk ke lokasi haha .



Ginilah konsep kedainya , selesa . Malah non muslim pon suka datang sini . 





 Ni makanan aku , nasi mandy ayam . Rm9 lebih macam tu #sorrylupa haha . Rasa dia not bad , boleh tahan sedap juga .you all datang la cuba , lain orang lain pandangan kan ?


Ha untuk minuman aku pilih green tea , rm5.9 . Green tea dia best sebab tak manis sangat , so-so je .



Ni makanan parents aku . Nasi mandy with kari ayam kampung . Haaa merah beno warna nasi dia kan? Rm11 lebih . Pon sedap jugak . 




So kepada kaki food hunting , do come and visit Al-Haura' arabian kopitiam . Sama-sama support orang kita ok .