Tuesday, 27 October 2015

JOM TERJAH : Al-haura' Arabian kopitiam .

Haha post kali ni kita kongsi-kongsi tempat makan menarik . Dek kerana tekak terasa nak feeling-feeling makanan arab , jadi aku dan family panjangkan langkah untuk mencuba AL-Haura' Arabian kopitiam .






Al-Haura ni terletak di bandar laguna merbok , Sungai petani , kedah . Lokasi dekat2 dengan bangunan kedai area laguna . Boleh set waze ye untuk ke lokasi haha .



Ginilah konsep kedainya , selesa . Malah non muslim pon suka datang sini . 





 Ni makanan aku , nasi mandy ayam . Rm9 lebih macam tu #sorrylupa haha . Rasa dia not bad , boleh tahan sedap juga .you all datang la cuba , lain orang lain pandangan kan ?


Ha untuk minuman aku pilih green tea , rm5.9 . Green tea dia best sebab tak manis sangat , so-so je .



Ni makanan parents aku . Nasi mandy with kari ayam kampung . Haaa merah beno warna nasi dia kan? Rm11 lebih . Pon sedap jugak . 




So kepada kaki food hunting , do come and visit Al-Haura' arabian kopitiam . Sama-sama support orang kita ok . 


No comments:

Post a Comment